MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 11, 2023

SEDEKAH AYAM SEGAR KEPADA PELAJAR TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM132 / 4.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BAHAGIAKAN GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN DI MAAHAD KAMI DAN RAIH PAHALA BERLIMPAH DENGAN MEMBERIKAN AYAM SEGAR TERBAIK UNTUK MEREKA BERJUANG MENUNTUT ILMU.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk menjadi ahlul sedekah dengan memberikan sumbangan infaq ayam segar kepada pelajar-pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim kami. Sumbangan ini bertujuan untuk memberikan bekalan nutrisi yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan jasmani para pelajar kami.



Dalam usaha kami untuk mendidik dan mengajar Al-Quran kepada 70 orang pelajar, keperluan akan makanan yang berkualiti adalah sangat penting buat mereka. Sumbangan infaq ayam ini akan membantu memastikan keperluan harian makanan mencukupi dan dapat dipenuhi dengan baik. Untuk tempoh seminggu, kami memerlukan 40 ekor ayam bagi menyediakan hidangan berkhasiat dan berprotein kepada para pelajar-pelajar ini.



Selain itu, sumbangan sedekah ayam kepada pelajar tahfiz adalah tindakan yang sangat mulia. Dengan sumbangan ini, bukan sahaja memberikan mereka makanan yang berkualiti tetapi juga menguatkan semangat mereka dalam mengejar ilmu agama. Sedekah ayam ini juga adalah bukti kasih sayang dan sokongan para dermawan kepada mereka dalam perjuangan mereka dalam memahami Al-Quran.



Pihak maahad berharap melalui kempen ini, kebaikan dan cinta akan terus mengalir, mencerahkan kehidupan anak-anak tahfiz asnaf dan yatim yang memerlukan. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kemudahan dan keberkatan dalam hidup buat semua para ahlul sedekah. Ahli sedekah akan turut mendapatkan manfaat dan kebaikan asbab membantu para penuntut ilmu juga. Jazakumullahu khairan jaza.



“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat