Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Aug 05, 2024
RM60 / 2.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
4 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad sentiasa mengambil berat terhadap keadaan para pelajar di sini dengan memastikan kesihatan mereka dalam kondisi yang baik dan terjaga. Kami juga memastikan mereka supaya tidak dijangkiti penyakit yang merbahaya yang boleh mengganggu tumpuan pembelajaran mereka.
Walau bagaimanapun, ketentuan Allah mengatasi segala-galanya, kadang kala pelajar di uji dengan penyakit dan semestinya menjadi tanggungjawab pihak maahad berusaha mendapatkan rawatan yang sewajarnya memastikan mereka dalam keadaan sihat dan bertenaga sekaligus membantu mereka dalam menuntut ilmu agama dan menghafal Al-Quran.
Sehubungan dengan itu, pihak maahad ingin membuka kempen untuk infaq perubatan bagi membantu menanggung kos perubatan para pelajar di saat mereka diuji dengan masalah kesihatan. Sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja dapat membantu anak-anak tahfiz belajar dalam kesihatan yang baik dan terjaga bahkan akan menjadi amal kebajikan yang mulia.
“Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Pihak maahad menyeru kepada muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyokong kempen infaq perubatan ini dan membantu anak-anak asnaf dan yatim di sini supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang sihat dan afiat.
Ayuh kita hulurkan sumbangan ini bermula RM10 untuk menambah bekalan akhirat kita dengan berinfaq bagi keperluan anak-anak tahfiz ini agar mereka dapat menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Aug 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Aug 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 05, 2024