Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
MUHAMMAD ISHAK BIN MOHD ROSLI
Semoga Allah Limpahkan rezeki buat anak anak Yatim piatu dan asnaf , dan diberikan kesihatan yang baik buat mereka , Terima kasih kerana Menjaga Mereka dengan penuh kasih sayang ,Semoga Allah Dikurniakan Segala Galanya buat penjaganya , InshaAllah
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Moga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, mendapat keberkatan Dunia dan akhirat bagi diri ini, suami, anak2 yang soleh dan solehah, kedua orang ibubapa, serta seluruh ahli keluarga Kutubuddin Bin Badaruddin. Semoga dibimbing ke Jalan yang benar, di beri petunjuk dan hidayah dan mati dalam husnul khotimah.
Anda mengaminkan doa ini