Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 11, 2023
RM1,175 / 23.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
89 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka peluang infaq untuk dana infaq beras anak yatim bagi menyara 75 orang pelajar yang menuntut di sini yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang miskin. Oleh itu, pihak maahad membuka tabung infaq beras bagi membantu penuntut di sini mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan para pelajar dapat belajar dengan selesa dan terjamin.
75 orang anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah yang menghafal Al-Quran yang insyaAllah mulia di mata Allah ini seharusnya mendapatkan makanan yang mencukupi dan berkhasiat untuk mereka. Makanan yang berkhasiat dan dapat membekalkan tenaga khususnya beras amat penting terutamanya bagi anak-anak soleh yang berjuang mempelajari Al-Quran ini.
Infaq fisabilillah ini dapat memakmurkan aktiviti amal Islami yang pastinya ia sangat penting untuk menyemarakkan syiar Islam dan memartabatkan syariatnya dan membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi golongan pencinta Al-Quran ini.
Usah ragu lagi pada kelebihan mengeluarkan infaq fisabilillah. Ianya adalah suatu yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Ada sedikit, maka infaqlah sedikit. Ada banyak, maka infaqlah sebanyak yang boleh. Antaranya ialah infaq fisabilillah atau bersedekah dan membelanjakan harta di jalan Allah SWT. Firman Allah SWT:
"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh lalu menerbitkan tujuh tangkai, kemudian setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Luas pengetahuanNya." (Surah Al Baqarah: 261)
Semoga setiap bacaan doa dan lantunan ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh anak-anak tahfiz ini menjadi pemberat timbangan dan amal jariyah buat para penyumbang yang akan terus mengalir pahalanya serta menjadi saksi pembela di akhirat nanti. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2023
KHAIRUL EFFENDY BIN KHAIRUL ANUAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
May 14, 2023