MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 22, 2023

BANTU INFAQ TELEKUNG KEPADA PELAJAR TAHFIZ MISKIN

RM630 / 21.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERINFAQ SUPAYA ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN MISKIN INI MEMILIKI TELEKUNG UNTUK BERIBADAH DENGAN KHUSYUK DAN TENANG.


Dalam bulan Rabiulawal yang penuh berkat ini, marilah bersama-sama berinfaq untuk membekalkan telekung kepada para pelajar tahfiz muslimat kami yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini bertujuan membantu mereka dalam menjalankan ibadah solat dan pengajian Al-Quran dengan lebih khusyuk.



Sumbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membeli telekung baharu dan almari tempat penyimpanan telekung untuk memberikan keselesaan kepada mereka yang kebanyakan menggunakan telekung yang lusuh dan luntur setiap hari. Anak-anak muslimat ini hanya mempunyai sehelai telekung dan tidak mampu membeli telekung baharu kerana datang latar belakang daripada keluarga yang susah.


Akhir kata, mari kita sambut bulan kelahiran baginda SAW ini dengan perbanyakkan kebaikan dengan berikan sumbangan yang bermakna. Setiap solat dan setiap ayat Al-Quran yang mereka baca dengan khusyu' akan menjadi sebahagian daripada pahala yang para dermawan perolehi kerana sumbangan anda. Semoga setiap telekung yang disumbangkan menjadi sumber keberkatan dan manfaat kepada para pelajar miskin kami. Jazakumullahu khairan jaza


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah: 261)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat