TABUNG BINA SEMULA SEBUAH RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI SIBU SARAWAK

RM3,180 / 3.98 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000

153 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami memohon agar kita dapat bersama-sama membantu meringankan beban keluarga ini lebih-lebih lagi kebakaran tersebut berlaku dikala kita tengah membuat persiapan untuk menyambut bulan syawal.


Pada 27/04/2022 telah berlaku kebakaran yang melibatkan kediaman di Kampung Nangka, Sibu dan melibatkan sebanyak 2 buah rumah telah terlibat dalam kebakaran ini. Terdapat sebuah keluarga yang terlibat dan seramai 5 mangsa telah berjaya diselamatkan. Sebuah lagi merupakan sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni. Ketika saat ini keluarga ini masih menyewa dan tinggal di rumah saudara dan ianya bukanlah satu perkara yang baik untuk jangka masa panjang bagi keluarga ini. Mereka haruslah mempunyai rumah sendiri untuk menjalani kehidupan hari-hari mendatang lebih-lebih lagi kebarakan tersebut berlaku ketika umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan hampir tiba menyambut Bulan Syawal. Dana RM 80,000 ribu tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan membina rumah di atas tapak asal tersebut bagi kemudahan keluarga tersebut. Rumah sendiri akan memberikan lebih keselesaan kepada mangsa ini untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.



Keadaan semasa kebakaran sedang berlaku di mana orang ramai cuba membantu agar kebakaran tidak  merebak ke rumah berdekatan yang lain.



Kebakaran yang memusnahkan 100% keadaan rumah mangsa dan tidak ada barang yang dapat diselamatkan berikutan kesukaran keadaan rumah tersebut di atas air.

 
Musnah semua segala barangan dan juga rangka rumah tersebut.

Dana RM 80,000 ribu tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan membina rumah di atas tapak asal tersebut bagi kemudahan keluarga tersebut. Rumah sendiri akan memberikan lebih keselesaan kepada mangsa ini untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

RM 60,000 digunakan untuk membina rumah

RM 15,000 kos kontraktor menyiapkan rumah

RM 5,000 kos untuk memastikan tapak tersebut dibersihkan dari segala rangka yang telah hangus dijilat api.


Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan.


والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار


“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614

Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HARYANTI MUHD YUNOS

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 13, 2022

Kempen Sumbangan Tamat