Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH SAYANG DAERAH SIBU
Dimulakan pada Jun 02, 2022
RM7,622 / 0.76 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000
379 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sumbangan fasa 2 ini dilancarkan untuk mengutip dana tambahan bagi memastikan pembinaan masjid baru di Kampung Semop dapat dilaksanakan dengan segera untuk kemudahan penduduk di situ. Kos pembinaan masjid yang mempunyai struktur banggunan yang kukuh dan juga disebabkan masalah logistik untuk membawa bahan binaan ke kawasan berkenaan telah menyebabkan sasaran kos awal telah meningkat.
Kawasan berkenaan yang hanya dapat dilalui dengan menggunakan jalan air menyebabkan kos pembinaan semakin mahal. Ditambah pula pihak kami dan juga pihak JKKK kampung telah bersetuju untuk kita membina sebuah masjid yang diperbuat 100% daripada bahan konkrit bagi memastikan pengalaman lepas tidak berulang di mana masjid hasil binaan kayu tersebut musnah dalam sekelip mata sahaja berikutan keadaan api yang cepat menyambar struktur kayu-kayu tersebut.
Sumbangan ini akan diserahkan kepada jawatankuasa pengurusan masjid bagi tindakan susulan dan perancangan untuk membina masjid baru mengikut kapasiti dan bajet sedia ada. Besar harapan kami untuk kita sama menyumbang seikhlas hati bagi membantu mereka yang dalam kesusahan kerana ketiadaan kemudahan tersebut. Sedikit sumbangan daripada anda mampu untuk meringankan bebanan mereka. Moga sumbangan kita tersebut menjadi asbab kebaikan untuk kita dan orang lain.
Pada fasa pertama, pihak kami telah menyerahkan 2 cek bernilai RM10,000.00 pada bantuan awal dan bakinya RM29,577.00 pada serahan kali kedua kepada pihak pengurusan masjid dan JKKK kampung. Bantuan tersebut telah diserahkan oleh timbalan pengerusi Persatuan Kebajikan Kasih Sayang Daerah Sibu. Sehingga ke hari ini, masjid baru tersebut tidak dapat disiapkan berikutan kekurangan dana bagi meneruskan projek berkenaan dan pihak kami cuba memainkan peranan di bahagian kami dengan cuba membantu dan di harap usaha kami ini turut di sokong oleh tuan/puan sekalian dalam kita memastikan usaha berkenaan dipermudahkan atas izin Allah swt.
Sumbangan yang bernilai RM 1,000,000 tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk pembinaan dan juga pembelian kelengkapan dalaman yang sepatutnya bagi kegunaan masjid tersebut. InshaAllah pengurusan masjid telah memberikan jaminan bahawa setiap dariapada dana tersebut akan digunakan sebaiknya. Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu kheyr.
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
26 SEPTEMBER 2022
Proses pembinaan masjid baru Kg Semop dalam keadaan yang masih memerlukan masa yang lama berikutan kekurangan dari segi bahan binaan dan logistik. Untuk membawa bahan binaan ke situ, ianya memerlukan jalan air berikutan belum ada jambatan yang menghubungkan ke Pulau berkenaan. Kos untuk pembinaan juga masih diperlukan berikutan peningkatan kos yang dialami hasil daripada peningkatan harga bahan binaan dan juga kos pengangkutan.
Ayuh bersama kita terus menyumbang bagi merealisasikan masjid berkenaan secepat mungkin untuk kegunaan masyarakat Islam di kawasan berkenaan. Setiap sumbangan daripada Tuan-tuan dan Puan-puan amatlah kami hargai dalam kita terus berinfaq untuk pembinaan masjid ini.
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Sumbangan daripada Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian masih sangat diperlukan untuk kita bersama menjayakan kempen ini untuk kebaikan masyarakat Islam di kawasan sekitar Kampung Semop, Daro Sarawak. Sehingga hari ini, tapak baru bagi pembinaan Masjid tersebut masih tidak dapat dilakukan kerja-kerja pembinaan yang terhenti seketika dulu akibat kekurangan dana berikutan peningkatan bahan binaan dan juga kos yang tinggi untuk mengangkut bahan binaan ke kawasan berkenaan.
Hal ini kerana jalan air sangat diperlukan untuk mengangkut bahan binaan tersebut yang agak banyak dan kos yang besar diperlukan untuk mengangkut sekali bahan binaan berkenaan agar kos pengangkutan dapat dijimatkan. InshaALLAH ayuh kita bersama dalam merelalisasikan masjid berkenaan untuk kemudahan Umat ISLAM di sekitar kawasan berkenaan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jun 05, 2022