Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM567 / 11.34 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam satu hadis sahih, Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.” Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum….. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Musim Sejuk Datang Lagi
Selimut untuk mangsa keganasan, pelarian Rohingya.
Hembusan angin sejuk sudah mula dirasai di beberapa negara seperti Myanmar dan Bangladesh. Cuaca kering dan dingin merupakan satu lagi cabaran besar buat etnik Rohingya yang menetap di Myanmar dan juga yang berlindung di khemah-khemah pelarian di Bangladesh. Khemah sementara yang dibina daripada buluh dan plastik dan berlantaikan tanah tidak mampu menahan mereka dari kesejukan melampau terutama pada waktu malam.
Ramai di kalangan mereka yang terkesan terdiri daripada warga tua dan anak-anak kecil. Mereka hanya mampu memanaskan badan dengan nyalaan unggun api dan tidur berpelukan sesama keluarga untuk mengelakkan dari kesejukkan melampau yang boleh meragut nyawa.
Baju harian mereka yang lusuh dan nipis, tidak mungkin dapat membantu mereka dimusim sejuk ini.
Justeru itu, mereka amat mengharapkan bantuan selimut yang dapat mengurangkan sedikit kesejukan melampau yang mereka alami.
( Bersama selimut, pek makanan juga akan kami sumbangkan )
Kami mengajak para penderma untuk bantu meringankan beban yang mereka ini alami, terutama dimusim sejuk ini. Kenapa perlu berikan setiap musim sejuk? Kerana, dikhemah yang kecil , berbumbungkan dan berlantaikan plastik , kain guni. Tiada tempat utk menyimpan barang barang keperluan mengikut musim. Dengan pakain harian yang nipis, bagaimanakah mereka hendak menghadapi musim sejuk ?
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 03, 2022
HUZAIFAH BIN MOHD DRUS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 31, 2021
SITI AMIRAH HOOD
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 31, 2021
NORFADLI BIN ABDUL LATIF
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 30, 2021