MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 18, 2023

SEDEKAH BEKALAN AIR MINUMAN TAHFIZ ASNAF

RM675 / 22.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

HANYA DENGAN SERENDAH RM10 BANTU BAHAGIAKAN ANAK-ANAK TAHFIZ DENGAN SEDEKAH BEKALAN AIR MINUMAN BUAT MEREKA.SESUNGGUHNYA HARTA YANG KITA MILIKI ADALAH HARTA YANG KITA BERIKAN.


Suatu Saat Sa’ad mendatangi Rasulullah SAW,” Sedekah apa yang paling mengagumkan kepadamu? Rasulullah SAW menjawab, “sedekah air” (HR Imam Abu Daud)


Bersedekah antara amal soleh yang banyak disebut dalam Al-Quran, ianya mungkin dianggap ringan bagi mereka yang berkemampuan. Namun nikmatnya tentu lebih terasa apabila seseorang individu tersebut mampu bersedekah di saat mereka dalam kesempitan dan memikirkan untuk membahagiakan orang lain ketika mereka sendiri dalam kesusahan.


Mereka yang sanggup berusaha membahagiakan orang lain ketika mereka sendiri dalam kesempitan adalah satu bukti keimanan kita kepada Allah SWT. Gemar bersedekah dan berkongsi dengan orang lain dalam keadaan apa jua nikmat adalah ciri-ciri orang yang dicintai Allah.



Kempen sedekah air minuman ini bertujuan untuk menyokong kegiatan pengajian Al-Quran di Surau Maahad Tahfiz dan apa-apa jua program keagamaan lainnya. Hal ini terutama ketika sedang mengadakan kelas pengajian agama, majlis tahlil dan bacaan yaasin yang berlangsung di maahad selalu memerlukan air minuman botol serta siap minum.



Air minuman merupakan keperluan utama setiap makhluk yang hidup termasuk manusia kerana di dalam tubuh badan lebih dari 60% merupakan cairan agar semua sistem dan organ dalam tubuh badan dapat berfungsi dengan baik. Apabila badan kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi dan boleh mengundang penyakit. Jumlah air yang mencukupi amat penting bagi tubuh badan manusia agar sentiasa kekal sihat dan bertenaga bagi meneruskan kelangsungan hidup.



Selain itu, bersedekah dapat menjadi pembersihan jiwa dan menyembuhkan penyakit hati seperti sombong dan kedekut. Malahan menolong sesama manusia adalah salah satu bentuk menzahirkan rasa syukur kita atas harta yang Allah titipkan. Amalan sedekah air minuman ini kadang terlihat kecil dimata manusia, namun dihadapan Allah SWT bernilai begitu tinggi dan besar.


Umur umat Nabi Muhammad SAW hanya berkisar pada umur 60-70an tahun. Hanya sebentar sahaja dibandingkan dengan umat-umat nabi sebelumnya yang sampai ratusan bahkan ribuan tahun. Amal umat-umat sebelumnya panjang. Oleh karena itu, kita perlu memperbanyak amal-amal yang berkualiti agar terus berumur panjang walaupun kita telah meninggal dunia.



Akhir kata pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan yang menyumbang untuk menjayakan kempen sedekah bekalan air minuman buat para pelajar tahfiz di sini. Usah bertangguh untuk bersedekah yang pahalanya akan sentiasa mengalir buat kalian hingga ke akhirat kelak. Semoga sedekah yang diberikan memberikan kebaikan dan pahala yang melimpah buat penderma serta memberikan kebahagiaan bagi penerima manfaatnya. Aamin.


“Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah (di jalan Allah) sebagian dari harta yang Dia telah menjadikan kamu sebagai penguasanya (amanah). Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (hartanya di jalan Allah) memperoleh pahala yang besar.”

(S Al-Hadid: 7)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat