Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Dec 15, 2023
RM85 / 0.85 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
7 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Masjid Parit Sangit di Batu Pahat adalah sebuah masjid yang telah dibina pada tahun 1960an. Masjid ini adalah merupakan masjid kariah yang telah berkhidmat lebih 60 tahun.
Mempunyai struktur simen dan papan serta beratapkan zink dan genting, masjid ini semakin lama semakin uzur. Sejajar dengan peredaran zaman, masjid ini juga dimamah usia. Struktur papan dinding yang telah tercabut, cermin tingkap nako yang telah tanggal serta tandas yang usang. Namun, masjid ini masih terus berkhidmat kepada penduduk sekeliling.
Atas rasa tanggungjawab maka Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat (PKPR) merasakan perlu membantu untuk membaikpulih masjid ini demi keselesaan jemaah masjid ini. Dianggarkan pembaikpulih bagi masjid ini memakan kos sebanyak RM50,000.00.
Menyumbanglah kepada usaha untuk baikpulih masjid ini. Sumbangan anda akan mengalir seperti air yang mengalir takkan putus. Insya-Allah menjadi bekalan anda di akhirat. Marilah bersama-sama untuk meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan dan dijanjikan rumah di syurga kelak, infaq yang pasti digandakan pahalanya oleh Allah SWT.
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim)
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2023