MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 27, 2023

SUMBANGAN MAKANAN BASAH UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM935 / 31.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

55 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERBUAT BAIK, BERKONGSI DAN MENJADI ASBAB KEBAHAGIAAN BAGI ORANG LAIN DENGAN SEDEKAH MAKANAN BASAH KEPADA PELAJAR TAHFIZ MISKIN DI MAAHAD KAMI.


Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW memberikan penekanan yang besar tentang pentingnya memberi makan kepada orang lain. Selain mendapatkan berbagai pahala dan ganjaran dari Allah SWT, perbuatan ini juga mendapat pujian dari Nabi Muhammad SAW sendiri.


Sehubungan itu, bagi mewujudkan rasa syukur dan mengikuti sunnah Nabi SAW pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak seluruh muslimin dan muslimat untuk berkongsi kebahagiaan dengan berbuat kebaikan melalui sedekah ayam dan ikan segar untuk anak-anak tahfiz di sini. Seiring dengan pertambahan pelajar pihak maahad mengalami kekurangan dana dalam menyediakan bekalan makanan basah yang mencukupi kerana kebanyakan pelajar di sini tidak mampu membayar yuran kerana mereka datang daripada latar belakang keluarga yang susah dan miskin.



Dengan serendah RM10, pihak maahad menyeru saudara dan saudari untuk ikut serta dalam kempen sedekah makanan basah ini dan membantu mewujudkan kebahagiaan bagi para pelajar tahfiz kami. Sedekah tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membeli ayam dan ikan segar bagi memberikan makanan bernutrisi yang penting untuk kesihatan dan membantu untuk para pelajar fokus dalam belajar Al-Quran.





Mari bersama-sama berlumba dalam kebaikan dan membuktikan rasa syukur kita dengan berkongsi rezeki kepada sesama manusia, terutama kepada anak-anak yang sedang berusaha menghafal Al-Quran ini. Setiap sumbangan kalian akan menjadi amal jariyah yang terus mengalirkan pahala dan Allah SWT merahmati setiap kebaikan para dermawan. Semoga sedekah ini menjadi anugerah yang meringankan beban anak-anak tahfiz ini dan memberi semangat untuk mereka terus mengejar cita-cita dalam menghafal Al-Quran.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

DIANA SAMSUDIN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat