Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jun 16, 2023
RM325 / 10.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad membuka tabung infaq saham akhirat berbentuk dana untuk membeli beras keperluan 75 orang anak-anak tahfiz terdiri daripada kalangan anak asnaf miskin dan anak-anak yatim. Rebutlah kesempatan untuk berinfaq kepada maahad tahfiz asnaf dan anak yatim ini. Kami mempelawa semua muslimin dan muslimat menghulurkan dana agar kami dapat membeli beras untuk keperluan harian pelajar secepat yang mungkin.
Amal kebaikan paling mudah dan terbaik yang boleh kita lakukan untuk membantu golongan pencinta Al-Quran ini adalah dengan menginfaq untuk tabung sedekah beras. Tambahan pula, nasi merupakan makanan ruji dan asasi rakyat Malaysia. Dalam pada memberi sedekah beras, adalah elok sekiranya kita memberi beras yang terbaik dan berkualiti tinggi buat golongan yang setiap masa berdamping dengan Al-Quran ini. Beras yang terbaik amat penting bagi membekalkan tenaga buat anak-anak tahfiz yang sepanjang hari menggunakan suara bagi mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada muslimin dan muslimat yang sama-sama membantu atas jalan ketaqwaan kepada Allah SWT. Mulai RM10 daripada para dermawan sudah dapat mengukirkan senyuman kegembiraan kepada para pelajar di maahad kami dengan bantu mengenyangkan mereka yang menuntut ilmu fi sabillah.
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” (HR. Thabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jun 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 20, 2023