MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 13, 2023

TABUNG INFAQ KELAS FARDHU AIN

RM70 / 2.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUHLAH BANTU ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN MISKIN MEMPELAJARI ILMU FARDU AIN. BANTU MEMAHAMI ILMU AGAMA DENGAN LEBIH BAIK DAN MEMPERKUATKAN IMAN MEREKA.


Perkataan “fardu” berasal dari Bahasa Arab dan merujuk kepada amalan wajib yang harus oleh setiap hamba Allah. Jika kewajiban tersebut dilakukan akan menerima ganjaran atau pahala dari Allah. Fardu terdiri daripada Fardu Ain dan Fardu Kifayah, fokus adalah pada kepentingan mempelajari fardhu ain.


Oleh itu, pihak maahad membuat kempen buat para dermawan untuk menyumbang harta kalian bermula RM10 untuk pembelian kitab fardu ain. Untuk pengetahuan, jumlah pelajar di maahad kami adalah 70 orang dan dari golongan anak yatim dan asnaf. Sehubungan itu, pihak maahad menyeru para muslimin dan muslimat untuk membantu dana bagi pembelian kitab fardu ain kepada pelajar asnaf dan yatim ini.



“Daripada Ibn Umar RA. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Islam dibina atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, berpuasa di bulan Ramadan”.


Fardu ain mempunyai kepentingan yang sangat besar dalam agama Islam. Ini kerana ia merangkumi aspek-aspek penting dalam kehidupan seorang muslim yang membantu untuk membentuk dan mengukuhkan iman mereka. Ilmu fardu ain membantu seseorang muslim untuk mengeratkan hubungan mereka dengan Allah SWT. Dalam melaksanakan fardu ain, seseorang mempelajari aspek-aspek penting tentang Islam, termasuk hukum dan aturan yang diberikan oleh Allah. Ini membantu seseorang muslim untuk memahami agama mereka dengan lebih baik dan memperkuat iman mereka.



Pihak maahad tahfiz ingin mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas sumbangan yang dihulurkan dari muslimin dan muslimat kepada para pelajar di sini. Orang yang membantu penuntut ilmu akan mendapat ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT kerana membantu orang beribadah pahalanya sama dengan orang yang beribadah tersebut.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat