MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 20, 2023

GANDAKAN PAHALA DI BULAN ZULHIJJAH DENGAN TAJAAN IFTAR KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF

RM335 / 3.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

DI BULAN MULIA INI JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI MELAKUKAN AMALAN SOLEH UNTUK MENAJA JAMUAN IFTAR PELAJAR TAHFIZ ASNAF PADA 9 HARI AWAL ZULHIJJAH.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk menghidupkan bulan mulia ini dengan berinfaq untuk iftar para pelajar tahfiz pada 9 hari awal Zulhijjah. Jika bulan Ramadan dikenali dengan kelebihan 10 malam terakhirnya, bulan Zulhijjah pula dikenali dengan kelebihan menggandakan amalan pada 10 hari awalnya. Salah satu amalan yang dapat dilakukan adalah puasa sunat bagi para pelajar di maahad kami.



Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari: “Sebab yang menjadikan istimewanya 10 hari (pertama) bulan Zulhijjah adalah kerana padanya terkumpul ibadat-ibadat besar (dalam Islam) seperti solat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain.”



Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk terus mengumpul pahala sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke negeri akhirat. Salah satu ladang untuk mendapatkan pahala adalah dengan menunaikan puasa sunat. Menjelang 9 hari awal dalam bulan Zulhijjah ramai yang mengambil peluang untuk berpuasa kerana terdapat pelbagai kelebihan. Para pelajar di maahad kami juga turut teruja dan berkobar-kobar untuk menghidupkan amalan sunnah di bulan Zulhijjah dengan memperbanyakkan puasa sunat.



“Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata; Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.”

(HR Abu Daud)



Keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah tersangatlah besar dan hebat. Apa-apa amalan soleh yang dilaksanakan sangat istimewa dan dicintai Allah SWT serta akan dilipat gandakan pahalanya. Sebagai tanda syukur dan ingat kepada Allah SWT mari bersungguh-sungguh bersemangat meningkatkan ketaatan di bulan mulia ini dengan bantu infaq untuk tajaan berbuka puasa pelajar tahfiz asnaf di maahad kami. Lakukanlah amalan sedekah di bulan istimewa ini dengan ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZLAN BIN ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat