Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM190 / 6.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum WBT. Sesungguhnya berbuat baik sesama insan itu adalah tuntutan agama. Kita sebagai Muslim tidak hanya disuruh berbuat baik hanya kepada orang Islam sahaja bahkan kepada mereka yang bukan Islam juga kita perlu mempunyai hubungan yang baik sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Mumtahanah, ayat 8)
Baru-baru ini kami ke Pulau Pinang bagi menziarahi rumah seorang ibu tunggal miskin berbangsa India yang memelihara dua orang anak dan salah seorang darinya adalah anak OKU (Autisme). Beliau amat memerlukan bantuan dari segi keperluan makanan untuk meneruskan kehidupan. Beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di tapak pembinaan dengan gaji yang rendah dan terletak jauh dari rumah beliau. Dengan menunggang motorsikal lama mendiang suaminyalah, beliau berulang-alik sejauh 50 kilometer setiap hari dari rumah ke tempat kerja. Dengan kewangan yang amat terhad, beliau memaklumkan bahawa beliau sekeluarga hanya mampu makan nasi sekali sehari sahaja dan pernah tidak menjamah makanan selama tiga hari dan hanya bergantung dengan air minum sahaja.
Dengan rasa simpati terhadap ibu tunggal ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, telur, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh mereka anak-beranak ini.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama membantu keluarga miskin ini untuk meneruskan kehidupan. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran dan keampunan yang besar dari Allah SWT.
“Sesungguhnya Kami memuliakan anak cucu Adam.” (Al-Isra’, ayat 70).
Dengan itu jelas bahawa Islam mengajar manusia berbuat baik sesama manusia kerana semuanya berasal daripada manusia pertama iaitu Nabi Adam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah memudahkannya di dunia dan akhirat.” (HR Ibnu Majah)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2023