Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
8/3/2022, bantuan dalam bentuk 100 dapur gas, 100 toto, 100 tikar dan 100 bantal telah disampaikan kepada mangsa banjir Kuala Telemung, Hulu Terengganu.
Tak semena-mena pantai timur banjir besar namun kerana sumbangan anda ini kami mampu melaksanakan misi bantuan yang tidak diduga ini. Bahkan, ketika kami sedang sampaikan bantuan di sana, Lembah Klang pula banjir hari yang sama. Namun kami masih terkial-kial untuk mencari dana setelah banyak misi-misi banjir tahun ini dan penghujung tahun lepas.
Terima kasih atas Sumbangan anda semua.
Kami bersaksi bahawa sumbangan anda ini amat-amat membantu mereka yang ditimpa musibah seperti ini. Semoga Allah memberikan ganjaran terbaik untuk anda.
Pandemik Covid-19 dengan varian Omicron pula mengganas hingga semakin ramai menghubungi Iltizam untuk bantuan makanan kerana terpaksa dikuarantin. Oleh kerana Omicron tersebar cepat maka ramai sekeluarga kena covid-19 lalu mereka yang bergaji harian terputus pendapatan.
Terima kasih sumbangan anda kepada Ilztiam Relief (Dahulu kami dikenali Al-I'tisam Relief).
BANTUAN PASCA BANJIR
Pada 12/1/2022, kami telah menyampaikan 150 dapur gas dan 150 toto untuk mangsa banjir di Segamat, Johor yang mana rumah mereka dilanda banjir luar biasa akibat ban pecah.
Ini merupakan misi banjir yang ke-11 untuk musim tengkujuh akhir tahun 2021 dan awal tahun 2022.
Bantuan ini mampu disampaikan kerana sedekah anda melalui SUMBANGAN.COM. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa anda.
Dijemput tonton video rangkuman bantuan-bantuan banjir 2021 / 2022 setakat ini.
Terima kasih atas sumbangan dan sokongan anda.
6/1/2022, Maran
Alhamdulillah, semalam kami telah memberi bantuan makanan untuk 100 keluarga yang tinggal di kampung-kampung di tebing sungai Pahang. Jalan utama ke kampung-kampung ini dari Maran masih terputus kerana air banjir yang tinggi hingga paras pinggang di satu lokasi, air sungai Pahang pula didapati naik hingga sudah sampai sama paras dengan tebing.
Berpandukan maklumat diberikan oleh rakan tempatan, kami telah mengikuti mereka ke kampung-kampung ini dan menyampaikan bantuan makanan kerana untuk mereka.
Terima kasih atas sumbangan anda semua.
29/12/2021 - Taman Mutiara Semantan, Temerloh
Alhamdulillah, hari ini kami telah mengedarkan 'sleeping kit' untuk 200 keluarga di sini yang mana inilah kali pertama taman ini banjir, malah hingga semua barangan dalam rumah total loss kecuali kereta / motor sahaja dapat diselamatkan. Jika kita ke taman ini, mungkin tidak terfikir kawasan itu boleh banjir kerana tiada sungai berdekatan. Namun, mereka diuji mungkin ada hikmahnya. Kami NGO pertama sampai ke sini memberi bantuan 'sleeping kit'.
Terima kasih sumbangan anda.
Kami akan teruskan mengenal pasti mangsa-mangsa banjir yang belum dibantu oleh sesiapa dan hulurkan sumbangan mengikut apa yang mereka perlukan.
25/12/2021
Bantuan 'Sleeping Kit' (Toto, selimut dll) untuk 200 keluarga mangsa banjir di Kg Sri Tanjung Dengkil / Sepang telah disampaikan terus rumah ke rumah bagi memastikan mangsa banjir yang belum terima apa-apa bantuan mendapat sumbangan ini.
Terima kasih atas sumbangan anda. Kami masih kekurangan dana, semoga sumbangan anda membantu mangsa banjir ramai lagi.
Termasuk hari ini, kami telah dan akan edarkan 2,000 pek makanan panas dan air minuman untuk mangsa banjir. Misi banjir kali ini amat mencabar dengan kenaikan harga barang serta pejabat kami yang terkesan dengan banjir setinggi empat kaki.
Semoga dengan bantuan dana tuan dan puan dapat membantu kami meneruskan misi ini tanpa patah semangat.
Bermula 19/12/2021, kami telah edarkan 1,800 pek makanan untuk mangsa banjir Shah Alam, termasuk Sri Muda.
Kami akan edarkan lagi 200 pek makanan dan air minum hari ini 23/12/2021.
Tahun ini, pejabat kami juga banjir hingga paras tengkok. Semua barangan dalam office tidak dapat diselamatkan.
Namun kami tidak patah semangat, sambil membersihkan pejabat kami sendiri, kerja-kerja bantuan untuk mangsa banjir juga diteruskan.
Terima kasih sumbangan ikhlas anda.
Doakan kami, dan teruskan menyumbang.
Alhamdulillah, sebahagian dari mereka yang mendapat bantuan makanan yang mana mereka masih dibelengu dengan masalah kewangan kesan dari Covid-19 dan PKP. Terima kasih sumbangan anda. Dana masih banyak diperlukan lagi. Semoga Allah memberi kemurahan rezeki untuk para penyumbang.
MISI KECEMASAN COVID-19 KUDAT, SABAH
Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.
Pada 8/11/2021 – 12/11/2021 kami telah melaksanakan misi bantuan makanan ke 12 buah kampung dan 2 kawasan perbandanran di Kudat, Sabah melibatkan 600 keluarga dengan isi rumah hampir 3,000 orang.
Mereka adalah rata-rata miskin tegar, ditambah pula Covid-19 melanda kawasan mereka hingga ada kampung-kampung yang diletakkan bawah PKPD sebanyak beberapa kali.
Bantuan ini memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang baru sedang pulih dari Covid-19 dan menuju ke arah “Endemic”.
Terima kasih tidak terhingga ke atas semua yang menyumbang bagi kami melaksanakan program bantuan Covid-19 ini. Hanya kepada Allah kami berserah untuk memberi ganjaran sebaik-baik menurut kehendak-Nya untuk anda semua.
Saksikan bantuan kepada rider-rider ini.
SIAP SIAGA BANJIR MTL (2021/2022)
Ketika menghadiri bengkel dianjurkan oleh NADMA, kami dimaklumkan bahawa banjir Monsun Timur Laut (MTL) akan bermula November 2021 dan berakhir Mac 2022.
Dijangka 4 ke 6 episod luruan monsun dengan hujan lebat berterusan. Ada risiko kejadian banjir jika hujan lebat monsun berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar.
Untuk Banjir MTL yang 2020/2021, kami telah menyampaikan bantuan kepada 1,350 keluarga di Kelantan dan Pahang. Kini kami perlu bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir bermula November 2021 ini pula.
Oleh itu kami merayu kepada Tuan / Puan yang pemurah dan ingin merebut ganjaran amal jariah, supaya menghulurkan Sedekah Juma’at anda minggu ini seikhlas hati untuk ‘Tabung Siap Siaga Banjir 2021/2022’. Ini supaya, jika berlaku banjir (semoga dijauhkan), kami telah bersedia dari segi kewangan untuk menggerakkan misi bantuan dalam tempoh 48 jam.
Maka, besarlah harapan kami agar Tuan / Puan sudi membantu kami sekali lagi. Semoga Allah mengkurniakan kemurahan rezeki untuk semua penyumbang kami, insya Allah. Ameen.
GAMBAR-GAMBAR BANJIR YANG LALU
Alhamdulillah, segala puji pujian hanya milik Allah yang memudahkan usaha kecil kita semua ini membantu hamba-hambanya yang memerlukan.
Minggu ini, kita telah sama-sama membantu 158 keluarga / lebih 700 orang dengan bantuan makanan. Kita akan tahu samada mereka benar-benar memerlukan atau tidak apabila mereka semua hadir lebih awal dari masa yang diberikan. Alhamdulillah, walaupun diminta hadir pukul 9 pagi, majoriti telah hadir 8.30 pagi lagi untuk mendapatkan pakej bantuan makanan masing-masing.
Program ini berlansung di Bangsar, KL pada 23/10/2021.
Terima kasih atas sumbangan anda semua, insya Allah teruskan menyumbang kerana masih ramai lagi perlu dibantu dalam membantu mereka bangkit semula dari kesusahan yang masih mereka terbelengu disebabkan kesan Covid-19.
Hanya Allah mampu membalas jasa baik anda semua, semuga dimurahkan rezeki anda.
Persediaan untuk Misi Bantuan di Kudat dari 14/10/2021 hingga 17/10/2021.
Sabah dilanda berbagai musibah, dari Covid-19 hingga banjir. Ayuh kita rakyat Malaysia bantu rakyat Malaysia di Sabah.
Gambar: Banjir di Penampang (Kredit wakil kami di Sabah).
https://www.youtube.com/watch?v=GZFtPt20Cu8&t=2s
BANTUAN UNTUK PEMANDU TEKSI DAN ASNAF – 3/10/2021
Seramai 18 pemandu teksi serta 2 orang asnaf telah diberikan bantuan makanan pada hari Ahad, 3 Oktober 2021. Seperti kita sedia maklum, negara kita baru sahaja mula membuka semua sektor ekonomi secara berperingkat, namun pendapatan pemandu teksi ini masih lagi pada tahap yang kritikal kerana tiadanya penumpang. 18 pemandu teksi dan 2 asnaf ini adalah antara yang telah dipastikan sangat perlukan pertolongan.
BANTUAN UNTUK RIDER FOODPANDA – 7/10/2021
Kita juga maklum, ramai yang kehilangan kerja kerana Covid-19 akhirnya menceburi bidang ini. Kini, terlalu ramai yang menjadi rider Foodpanda, Grabfood atau Lalamove hinggakan bukan semua rider Foodpanda ini mendapat tempahan. Oleh itu, seramai 31 rider Foodpanda yang dikenal pasti memerlukan bantuan tersebut telah dibantu.
MISI MINGGU DEPAN : MISI KUDAT DARI 14/10/2021 – 17/10/2021
Misi ini untuk membantu 300 penduduk di beberapa zon merah di Kudat. Hari ini Pejabat Daerah Kudat telah pun memberikan kelulusan untuk program bantuan ini disampaikan. Ramai juga antara mereka adalah juga muallaf. Kami juga akan memberi sumbangan laptop kepada 4 Siswa IPT dari keluarga miskin tegar di Kudat. Doakan kami, bantulah kami.
4/9/2021, Al-I'tisam telah menyampaikan bantuan makanan kepada 60 orang di Sri Kundang, Rawang yang mana mereka adalah yang terjejas kerana Covid-19. Ada di antara mereka yang tidak ada kerja, ada yang dibuang kerja, ada yang waktu kerja bergantung kepada budibicara majikan dan gaji mengikut kerja. Ramai juga cuti tanpa gaji. Juga terjejas adalah mereka yang kerja mengambil upah harian.
Terima kasih sekali lagi atas sumbangan anda melalui Sumbangan.com. Kami hanya menyampaikan amanah yang diberikan oleh anda dan kami sentiasa meminta mereka yang mendapat manfaat ini supaya mendoakan tuan-tuan dan puan-puan yang bermurah hati menyumbang kepada Al-I'tisam.
Teruskan menyumbang kerana masih ramai lagi perlukan pertolongan dari kita.
Pada 1/9/2021, kami telah ke Yan untuk Misi Banjir 2 - Pasca Kepala Air Jerai. Alhamdulillah, dengan sumbangan anda kami telah menyampaikan:
1) Bantuan makanan untuk 50 keluarga
2) Bantuan laptop untuk 3 pelajar IPT
3) Bantuan peranti PdPR (Tablet) untuk 10 murid sekolah
4) Set Pinggan mangkuk, sudu, cawan dan jug untuk 50 keluarga
Semua penerima di atas adalah mangsa banjir Kepala Air Jerai yang kehilangan harta benda dan kerugian kerana banjir ini.
Terima kasih atas sumbangan anda. Kami hanya mampu memohon kepada Allah supaya memberi ganjaran terbaik menurut kehendak Allah untuk tuan / puan yang telah menderma.
Sejurus kami kembali ke Shah Alam petang semalam (2/9/2021), kami dimaklumkan oleh rakan tempatan bahawa telah berlaku lagi banjir kepala air sekali lagi di Titi Hayun, Yan. Namun kali ini banjir terkawal tetapi perlu berhati-hati.
Teruskan menyokong usaha kami membantu rakyat Malaysia dengan bersedekah kepada Al-I'tisam dan meraih saham akhirat, inysa Allah.
Alhamdulillah, hasil sumbangan anda semua yang pemurah kami telah sampaikan bantuan kepada 300 keluarga (hampir 2,000 isi rumah) yang dikuarantin dan diletak bawah PKPD iaitu di Kg Tok Sadang dan kampung sekitarnya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Bantuan seterusnya adalah untuk 100 pemandu teksi lapangan terbang yang terjejas teruk pendapatan disebabkan tiada banyak penerbangan dalam dan luar negeri disebabkan PKP.
Sekali lagi kami mohon tuan / puan yang budiman untuk menyokong kami.
Hanya Allah mampu membalas setiap ringgit anda infaqkan untuk kami.