بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Rentetan daripada Bencana Banjir yang berlaku di Johor bermula pada bulan March 2023, Sukarelawan Pihak Persatuan telah turun ke lapangan menghulurkan bantuan dan antaranya adalah perkhidmatan sanitasi yang dijalankan dengan kerjasama komuniti setempat dan Pihak pengurusan PPS itu sendiri. Proses sanitasi dilakukan bagi memastikan kawasan yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bebas dan terhindar dari sebarang ancaman wabak terutama covid memandang situasi bencana dan penempatan mangsa banjir. Semoga sumbangan yang diberikan membantu sedikit kos pengurusan yang terlibat sepanjang proses sanitasi berikut, In Shaa Allah.
Pihak Persatuan mengucapkan Ungkapan "Jutaan Terima Kasih" dari pihak kami dan juga pihak penerima bagi sumbangan. Alhamdulillah syukur, semoga Allah membalas segala usaha kita didunia dan di akhirat,
In Shaa Allah,
Amin Ya Allah Ya Mujib.
Jazakallahu Khairan Kathira