Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Daripada tahun 2020 lagi Kelas Tuisyen Anak Asnaf sudah menyantuni anak-anak yang memerlukan pembangunan 3M (Membaca, menulis & Mengira). Bermula dari di cawangan Putatan Sabah, ke cawangan 3M Kedah, Sekarang di Cawangan 3M Bangi untuk membantu anak-anak yang kurang berkemampuan ini mendapat pendidikan tambahan dalam penguasaan 3M.
Permasalahan Pasca Covid-19 ini menjadikan anak-anak ini mendapat penguasaan 3M (Membaca, menulis & Mengira) secara minima oleh kerana kekangan tidak dapat bersekolah secara fizikal. Penguasaan 3M ini amat-amat penting kerana ianya adalah asas pembelajaran formal.
Alhamdulillah, hasil daripada sumbangan tuan/puan kepada pihak kami, dapat kami santuni anak-anak ini sebagai titik mula penguasaan 3M sebelum mereka masuk ke sekolah . Penguasaan 3M ini sangat perlu sebelum mereka melangkahkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar.
Permintaan untuk kelas 3M ini terlalu banyak. Dengan keupayaan dan kadar kewangan daripada pihak kami yang terhad. Tidak dapat menyantuni lebih ramai lagi yang memerlukan kelas 3M tersebut.
Semoga tuan/puan boleh bersama membantu pihak kami dalam pembangunan kelas 3M ini.
Kelas Tuisyen Anak Asnaf telah memberi peluang kepada anak-anak yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan tambahan dan menambah pengetahuan serta cara belajar di luar waktu pembelajaran sekolah.
Pertambahan kelas pada tahun demi tahun menunjukkan permintaan yang tinggi dari masyarakat. Justeru itu, bantuan dana kewangan diperlukan bagi menampung bayaran tenaga pengajar dan juga penyediaan kepada anak-anak asnaf yang memerlukan pembelajaran tambahan.